BENGKEL & FAMILY J P SAINS TEK F SAINS - AVILLION ADMIRAL COVE PD 18-20 OG 2018





































KOLEKSI ARKIB (2018)




Tuntutan Perubatan (Staff Tetap UM):


perkhidmatan_bsm staff 
29.8.2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Anda ingin membuat tuntutan perubatan @ pergigian tapi tidak pasti caranya? Rujuk point berikut!


1.    Apa yang boleh dituntut/ dimohon?

Tertakluk kepada surat pelantikan, Skim Perkhidmatan Perubatan Bagi Staf Universiti Malaya dan pekeliling perkhidmatan yang berkuat kuasa. Secara asasnya, anda boleh memohon pembiayaan/menuntut bayaran balik bagi kemudahan berikut:

1)      Alatan/ubatan/rawatan berbayar daripada hospital Kerajaan/ hospital Pengajar
2)      Rawatan penyakit kegagalan buah pinggang
3)      Rawatan di IJN
4)      Klinik panel
5)      Rawatan pergigian


2.    Dokumen yang perlu?

Tuntutan perubatan
1)      Borang permohonan
2)      Borang perubatan 1/09
3)      Salinan preskripsi
4)      Resit asal/sebutharga

Tuntutan pergigian
1)      Cetak dan tanda tangan borang yang telah diisi atas talian di portal UM- Staff eservices – Perubatan – Tuntutan Pergigian
2)      Resit asal ditampal pada borang tersebut


3.    Hantar ke mana?

Secara hantaran tangan/ pos/ mel kampus kepada:

Seksyen Perkhidmatan
Bahagian Sumber Manusia (BSM)
Aras 6 Canseleri
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur


4.    Ada tarikh tutup?

Penerimaan dokumen adalah sepanjang tahun. Jika anda mempunyai dokumen tuntutan, terus hantar kepada BSM tanpa perlu mengumpulkannya dan menunggu sehingga akhir tahun. Tiada caj pentadbiran dikenakan bagi setiap tuntutan diterima.

Tarikh akhir penerimaan dokumen tahun semasa
31 Disember setiap tahun.

Tarikh akhir penerimaan dokumen dengan resit Disember
31 Januari tahun berikutnya

Permohonan yang diterima selepas tempoh sah penerimaan tidak akan dilayan.


5.    Cara pembayaran (bayaran balik kepada staf)?

Sekiranya diluluskan, bayaran akan dibuat bersama-sama bayaran gaji bulan berikutnya. Sila semak penyata gaji untuk rujukan dan rekod.

Sekiranya tidak diluluskan, BSM akan memaklumkan keputusan secara bertulis menggunakan alamat pejabat anda.
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif


-- 
Seksyen Perkhidmatan/ Service Section
Bahagian Sumber Manusia/ Human Resource Division
Tel: 03-79673249


No comments:

Post a Comment